Sekurang-kurangnya seorang disahkan meninggal dunia dan 11 lagi diselamatkan selepas sebuah bangunan bertingkat yang dalam pembinaan di atas sebuah kuil runtuh pada Jumaat di Durban, Afrika Selatan, kata pihak berkuasa tempatan, menurut Xinhua.
Kejadian itu berlaku sekitar jam 12:40 tengah hari waktu tempatan (1040 GMT), dan perkhidmatan kecemasan segera dihantar ke tempat kejadian, Thulasizwe Buthelezi, seorang pegawai Tadbir Urus Koperatif dan Hal Ehwal Tradisional KwaZulu-Natal dilapor berkata.
“Malangnya, seorang telah meninggal dunia,” dia dilapor berkata, sambil menambah bahawa mereka yang diselamatkan – dua wanita dan sembilan lelaki – telah dibawa ke hospital untuk rawatan perubatan.



































