Sekurang-kurangnya lima orang maut pada Ahad dalam kemalangan jalan raya di wilayah Guayas di barat daya Ecuador, berita Xinhua memetik media tempatan.
Kemalangan itu berlaku awal pagi Ahad di jalan Balzar-El Empalme, di mana sebuah trak pikap dan sebuah treler bertembung, menurut laporan dikeluarkan oleh Perkhidmatan Keselamatan Bersepadu ECU 911, lapor Xinhua.
Pihak berkuasa sedang menyiasat punca perlanggaran sambil menyeru pemandu memandu berhati-hati dan menghormati papan tanda lalu lintas.
Kemalangan jalan raya merupakan punca utama kematian di Ecuador, terutama disebabkan oleh pemandu yang memandu laju dan tidak berpengalaman di jalan raya, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.



































