Angka maut nahas pesawat kargo pada Selasa di Louisville, Kentucky meningkat kepada 11 orang, menurut berita Anadolu, memetik Gabenor Andy Beshear pada Rabu.
“Dalam berita buruk hari ini, jumlah kematian kami kini meningkat kepada 11 orang,” Beshear dilapor berkata pada sidang akhbar, menjangkakan jumlah itu akan mencecah 12 orang “mungkin menjelang akhir hari ini”.
Terdahulu, Beshear memberitahu pemberita bahawa dia mengisytiharkan darurat.
“Berita baharu hari ini, susulan peristiwa semalam, mengisytiharkan darurat untuk membantu kami menangani nahas pesawat ini. Ia membolehkan kami menggerakkan sumber dengan lebih pantas melalui pengurusan kecemasan dan Pengawal Kebangsaan Kentucky,” dia dilapor berkata.
Pegawai dilapor berkata pada Selasa bahawa 11 orang telah dibawa ke hospital susulan kejadian itu.
Penerbangan UPS 2976 dilaporkan terhempas sekitar jam 5.15 petang waktu tempatan (2215GMT) selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Muhammad Ali (SDF) ke Honolulu, Hawaii.



































