Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan seorang lagi cedera pada Jumaat dalam kejadian tembakan antara kumpulan penjenayah yang didakwa bertelagah di sebuah dewan parti di bandar Rio de Janeiro, Brazil, kata pihak berkuasa tempatan, berita Xinhua melaporkan.
Tembakan berlaku di kawasan kejiranan utara Honorio Gurgel, di mana anggota kumpulan penjenayah Comando Vermelho yang dikatakan mengadakan pesta, kata polis.
Menurut penyiasatan awal, geng saingan Terceiro Comando Puro menceroboh tempat itu, mencetuskan tembakan sengit.
Pasukan keselamatan melancarkan serbuan besar-besaran terhadap Comando Vermelho di Rio de Janeiro pada 28 Oktober, menyebabkan sekurang-kurangnya 121 orang terbunuh, lapor Xinhua.



































