Empat orang terbunuh dan lima lagi cedera awal Sabtu apabila bot panga karam di bandar Imperial Beach di California Selatan AS, kata pihak berkuasa, Xinhua melaporkan.
Kemalangan itu berlaku sejurus selepas tengah malam, menurut Ketua Bomba Imperial Beach John French, yang memberitahu saluran tempatan Sideo TV bahawa satu mayat ditemui dekat lokasi terbalik, manakala tiga dekat Jeti Imperial Beach.
Lima mangsa diselamatkan dan dibawa ke hospital, dan Pengawal Pantai AS meneruskan operasi mencari sehingga awal Sabtu, French dilapor berkata.
Menurut Xinhua, Times of San Diego melaporkan ia masih tidak jelas sama ada bot itu terlibat dalam percubaan untuk menyeludup pendatang ke AS.
Keadaan kasar ketika kejadian, ketika hujan sederhana hingga lebat mula melanda San Diego County. California Selatan dilanda pada Sabtu oleh fasa paling sengit ribut Pasifik yang didorong oleh kepulan lembapan subtropika.



































