Pihak berkuasa Indonesia berkata pada Isnin, sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam dua tanah runtuh berasingan di dua wilayah berbeza di Jawa Tengah, manakala 33 masih hilang, lapor Anadolu.
Angka kematian akibat tanah runtuh yang melanda bandar Cilacap di wilayah Jawa Tengah meningkat kepada 16 orang ketika usaha pencarian memasuki hari kelima pada Isnin, Anadolu memetik penyiar tempatan Kompas TV.
Penyelaras Misi Mencari dan Menyelamat Muhammad Abdullah dilapor berkata tiga lagi mayat ditemui pada Isnin, manakala tujuh orang masih hilang.
Ketua tempatan agensi pengurusan bencana juga dilapor berkata pada Isnin, bahawa di Kabupaten Banjarnegara, Jawa Tengah, dua mayat telah ditemui, manakala 26 lagi disyaki tertimbus di bawah tanah berikutan tanah runtuh pada Sabtu.



































