Tiga orang terbunuh dan seorang lagi cedera selepas bumbung sebuah bangunan kediaman runtuh di kawasan Bab al-Jadid di Bandar Lama ibu negara Libya, Tripoli, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa pada Jumaat.
Mangsa yang maut ialah seorang ibu dan dua anak perempuannya, manakala orang dewasa yang cedera dihantar ke Hospital Pusat Tripoli untuk rawatan, lapor Xinhua memetik Perkhidmatan Ambulans dan Kecemasan dalam catatan Facebook.



































