Tiga orang membabitkan seorang pegawai tentera Pakistan, seorang askar dan seorang awam, terbunuh pada Sabtu apabila runtuhan salji melanda wilayah utara Gilgit Baltistan, menurut laporan Anadolu, memetik tentera Pakistan.
Anadolu melaporkan, menurut kenyataan tentera Pakistan, runtuhan salji itu berlaku semasa operasi pembersihan salji dijalankan dengan penggunaan jentera berat untuk membuka Laluan Burzil “bagi memudahkan pergerakan operasi” pasukan sendiri di kawasan itu.
Operasi yang diketuai oleh Kapten Asmad Gulfam, terhenti selepas runtuhan salji itu tercetus, memerangkap pegawai itu bersama dua askar dan seorang awam pengendali mesin.
Tiga daripada mereka terkorban, tambahnya.



































