Enam orang terbunuh dan seorang cedera parah pada Rabu dalam kemalangan jalan raya di California Utara, Amerika Syarikat, menurut California Highway Patrol (CHP), lapor berita Xinhua.
Kemalangan itu berlaku sekitar jam 10 pagi waktu tempatan (1800 GMT) di Tehama County di utara Sacramento Valley, di mana sebuah trak pikap melintasi garisan tengah ke arah lalu lintas yang datang dan melanggar sebuah bas transit daerah secara berhadapan, kata CHP.
Bas itu, yang membawa lima penumpang dan seorang pemandu di dalamnya, terbakar selepas perlanggaran itu, katanya, sambil menambah bahawa kedua-dua pemandu dan empat penumpang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Punca kemalangan itu masih dalam siasatan.



































