Abbas kata hasrat Portugal untuk iktiraf negara Palestin “langkah positif”

Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengalu-alukan pada Jumaat pengumuman Portugal mengenai hasratnya untuk mengambil langkah bagi membuka jalan pengiktirafan negara Palestin pada September, menyifatkan ia sebagai “langkah positif”, lapor Xinhua.

“Kami menghargai langkah berani dan positif oleh kerajaan Portugis ini, yang menyatukan jalan penyelesaian dua negara dan mengesahkan konsensus masyarakat antarabangsa mengenai keperluan untuk menamatkan penderitaan rakyat Palestin,” Abbas dalam satu kenyataan diterbitkan oleh agensi berita Palestin WAFA, dipetik berkata.

Menurut Xinhua, Abbas menyeru negara-negara yang masih belum mengiktiraf negara Palestin supaya mengambil langkah sedemikian dalam menyokong keamanan.

Menurut Xinhua, Perdana Menteri Portugal Luis Montenegro berkata pada Khamis, kerajaan bercadang untuk berunding dengan Presiden Marcelo Rebelo de Sousa dan semua parti politik yang diwakili di Parlimen untuk mempertimbangkan mengiktiraf negara Palestin semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-80 pada September.