Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 menggegarkan utara Afghanistan, menurut Kajian Geologi AS (USGS). Tiada laporan kerosakan segera, berita AP melaporkan.
Pusat gempa bumi itu terletak 22 kilometer (14 batu) barat-barat daya Khulm, Afghanistan, dan mempunyai kedalaman 28 km. Ia berlaku pada jam 12:59 pagi Isnin waktu tempatan, lapor AP memetik USGS.
Gempa bumi bermagnitud 6.0 pada 31 Ogos 2025 di timur Afghanistan dekat sempadan Pakistan dilaporkan mengorbankan lebih 2,200 orang.
Pada 7 Oktober 2023, gempa bumi bermagnitud 6.3 diikuti dengan gegaran susulan yang kuat telah menyebabkan sekurang-kurangnya 4,000 orang terkorban, menurut kerajaan Taliban, lapor AP.



































